Skim Rondaan Sukarela ( SRS ) diwujudkan disetiap KRT berlandaskan prinsip dan tuntutan penubuhan KRT itu sendiri. Secara dasarnya pihak Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional ( JPNIN ) telah menggariskan objektif SRS ini . Antaranya :
2. Membantu menguatkuasakan undang-undang;
3. Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
4. Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
5. Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.
SRS KRT Desa Kemboja bergerak sangat aktif dengan pelbagai aktiviti antaranya kawalan malam, pemeriksaan keselamatan ,sekatan jalan dan membantu pihak berkuasa menangani masalah jenayah . penggiliran tugas dan jadual tugasan yang tersusun menjadikan SRS KRT Desa Kemboja lebih dinamik apatah lagi kerjasama erat dikalangan ahlinya ..