KENALI JIRAN KITA..KITA BERMUAFAKAT KITA DIBERKAT..AGAR HIDUP MENDAPAT RAHMAT..DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT..

PROGRAM SEMARAK IMAN DAN AMAL


Program ini dijalankan bersempena Sambutan Israk dan Mikraj pada 17 Jun 2012( Ahad ).Pengisian program adalah pertandingan azan bagi remaja lelaki dan hafazan ayat lazim bagi remaja perempuan.Majlis berlangsung di perkarangan Surau Dato' Haji Abu Bakar Taib bermula jam 8.00 pagi. Penyertaan dan sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran ibubapa,urusetia , kejiranan dan peserta. Pertandingan dihakimi oleh Ustaz Mohd Kamal dari SK Ulu Melaka dan Ustaz Husbanizam dari SMK Kedawang. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang .

KARNIVAL JIRAN WANITA MERIAH


Karnival ini berlangsung dengan meriahnya pada 5 Mei 2012(Sabtu) bertempat di Tapak Futsal Desa Kemboja.Ianya bermula seawal jam 8.00 pagi. Pelbagai acara diadakan untuk semua peringkat umur seperti pertandingan memasak, gubahan bunga dan tuala, kukur kelapa, anyam ketupat, congkak, mewarna, bowling kelapa, meniup tepung, meraut lidi dan pelbagai acara menarik. Acara pembukaan dirasmikan oleh YB Dato' Abu Bakar Taib, Ahli Parlimen Langkawi dan penutupannya pula oleh YB Mohamad Rawi Abd Hamid, ADUN Ayer Hangat. Yang Berhormat juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Acara ini berakhir jam 12.00 tengahari.

LAWATAN DARI KRT TAMAN DESA KEMUMIN FASA II, KELANTAN


Lawatan muhibbah seramai 70 orang ahli ini berlangsung pada 4 Mei 2012.Ketibaan ahli rombongan jam 9.00 malam disambut oleh AJK Taman Desa Kemboja di tapak Futsal.Lawatan muhibbah ini anjuran Jiran Wanita KRT Berkenaan bertujuan memupuk semangat perpaduan dan permaufakatan antara kedua-dua KRT.En Alias Burhanudin selaku Pengerusi KRT Desa Kemboja mengalu-alukan kehadiran ahli rombongan dan beliau berharap kunjungan muhibbah ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan perpaduan.YB Dato' Abu Bakar Taib turut melahirkan rasa sukacita atas kehadiran ahli rombongan.Manakala Pengerusi KRT Taman Desa Kemumin En Samsuriha Mohamad pula melahirkan rasa terima kasih dan terharu atas sambutan yang diberikan.Beliau memuji kesungguhan ahli KRT Desa Kemboja dalam mengekalkan keharmonian dan semangat perpaduan.

PENUBUHAN PASUKAN KOMPANG TUNAS JIRAN





SABTU 07.04.2012 - Lebih dua puluh orang kanak-kanak dari KRT Desa Kemboja yang terdiri daripada lelaki dan perempuan menghadirkan diri untuk uji bakat bermain kompang bagi menubuhkan pasukan kompang Tunas Jiran di Pusat Rukun Tetangga Desa Kemboja, Langkawi.
Pemilihan ini dianjurkan oleh Biro Jiran Wanita yang dipengerusikan oleh Puan Siti Asiah Abd Karim. Semua calon kebanyakannya terpilih dan akan memulakan latihan setipa hujung minggu di sini.

IBADAH KORBAN 1432H


Perlaksanaan majlis ibadah korban ini berlangsung pada 6 November 2011 dalam suasana meriah dan sederhana. Dua ekor lembu telah dikorbankan oleh penduduk.Dimulakan jam 9.30 pagi bertempat diperkarangan surau Dato' Abu Bakat Taib. Ramai yang hadir membantu pihak AJK dalam urusan menyembelih, melapah dan mengagihkan daging korban. Sebahagiannya dimasak untuk penduduk setempat dan orang ramai yang hadir. Majlis ini berakhir selepas solat zuhur berjemaah .

KEM MOTIVASI JIRAN MUDA & PELAJAR



Kem Motivasi ni berlangsung pada 16-17 Julai 2011 lalu di TRAC [Training Retreat and Agrotech Centre ] Ayer Hangat , Langkawi. Kem ini anjuran Unit Kepimpinan KRT Desa Kemboja. Peserta kem terdiri dari anak-anak dari kediaman KRT Desa Kemboja. Pelbagai aktiviti menarik disusun antaranya ceramah motivasi , Restu Ibubapa, Lawatan Sekitar TRAC , Barbeque dan perkhemahan. Objektif kem ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap nilai hidup seperti menjalani alam dewasa, menghormati ibubapa dan menghargai alam sekitar. Disamping itu juga penekanan ilmu keagamaan dan nilai moral diterapkan dalam diri anak-anak disamping menyediakan asas untuk menempuh alam remaja dan dewasa kelak. Acara penutup disempurnakan oleh En Saidi Bin Nayan yang menyampaikan hadiah dan sijil kepada peserta dan JK terlibat.