KENALI JIRAN KITA..KITA BERMUAFAKAT KITA DIBERKAT..AGAR HIDUP MENDAPAT RAHMAT..DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT..

PANDUAN/TIP SEBELUM PULANG BERAYA

Tip&panduan ini khas untuk mereka yang merancang untuk pulang beraya sahaja. Ini hanya ingatan dan pesanan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini semasa kita pulang bercuti. Antara tip/panduan yang mungkin berguna ialah :


  1. Kunci semua pintu termasuk pintu bilik. Ikat dengan dawai semua tingkap.Kalau boleh gunalah kekreatifan anda untuk mengunci pintu/tingkap terutamanya cermin nako. Gunakan penyendal .
  2. Bawa sekali barang kemas atau barangan berharga. Jika anda yakin rumah anda selamat, simpan semula ditempat yang langsung tidak difikirkan sebagai tempat penyimpanan.
  3. Jika anda mempunyai basikal/motorsikal, simpan didalam rumah dan kunci .
  4. Maklumkan kepada jiran anda atau sahabat yang tidak pulang agar mereka menjenguk rumah anda. Tidak salah jika anda memberitahu ramai orang.
  5. Jika anda melanggan akhbar/majalah, sila hentikan penghantaran buat sementara waktu. Majalah/akhbar yang berlonggok depan rumah memudahkan orang lain tahu anda tiada di rumah.
  6. Maklumkan kepada pihak berkuasa/KRT yang terbabit.Ini memudahkan mereka membuat rondaan dan pemeriksaan di kawasan rumah anda .
  7. Pastikan juga meter air, tabung gas memasak dan semua alat eletrik dimatikan sepenuhnya.Cabut keluar dari pinnya. Peti sejuk hanya tahap minima sahaja.
  8. Binatang peliharaan pastikan sepenuhnya telah KELUAR semasa anda mengunci rumah.
  9. ......Bertawakkal lah kepada Allah. Mohonlah agar kediaman anda selamat semasa anda keluar dan masuk semula... 
Semoga tip ini dapat membantu anda.