Karnival ini berlangsung dengan meriahnya pada 5 Mei 2012(Sabtu) bertempat di Tapak Futsal Desa Kemboja.Ianya bermula seawal jam 8.00 pagi. Pelbagai acara diadakan untuk semua peringkat umur seperti pertandingan memasak, gubahan bunga dan tuala, kukur kelapa, anyam ketupat, congkak, mewarna, bowling kelapa, meniup tepung, meraut lidi dan pelbagai acara menarik. Acara pembukaan dirasmikan oleh YB Dato' Abu Bakar Taib, Ahli Parlimen Langkawi dan penutupannya pula oleh YB Mohamad Rawi Abd Hamid, ADUN Ayer Hangat. Yang Berhormat juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Acara ini berakhir jam 12.00 tengahari.