KENALI JIRAN KITA..KITA BERMUAFAKAT KITA DIBERKAT..AGAR HIDUP MENDAPAT RAHMAT..DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT..

BULAN KEMERDEKAAN


Sambutan Bulan Kemerdekaan Kawasan Rukun Tetangga peringkat Daerah Langkawi telah berlangsung dengan meriahnya pada 07 Ogos 2010 yang lalu di PRT Desa Kemboja. Acara perasmian pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato' Paduka Hj Abu Bakar Taib, Ahli Parlimen Langkawi. Rentetan dari itu, pelbagai aktiviti telah berlangsung melibatkan segenap generasi masyarakat tua dan muda .

KRT Desa Kemboja telah terpilih untuk mewakili daerah Langkawi bagi pertandingan menghias bangunan KRT dengan jalur gemilang. Pertandingan ini benar-benar menguji minda dan kudrat warga KRT yang bertungkus lumus siang dan malam mengecat, membersih dan menghias bangunan KRT seperti hasilnya sekarang. Melalui aktiviti sebegini telah mewujudkan perpaduan dan sifat harmoni dihati warga KRT .

Lihat galeri untuk gambar selanjutnya